ini gambar 52 tahun yang lepas


salam kemerdekaan dan salam 1malaysia

tidak mahu bercerita panjang, sekadar mahu bersama merayakan ulang tahun kemerdekaan negara malaysia nan tercinta ini.

umum mengetahui sudah 52 tahun bumi bertuah ini bebas dari cengkaman penjajah. terima kasih ditujukan buat semua sang wira yang bermandi darah dan keringat serta berkorban nyawa dan harta benda demi sebuah kemerdekaan. ya, anda semua akan terus kekal menjadi wira dalam hati kami. kekal bersemadi dalam lipatan sejarah bangsa. bunga bangsa yang gugur namun akan terus kekal harum di sanubari setiap warga malaysia. al-fatihah.

31 ogos 1957. ia hadiah yang tidak ternilai buat kita warga malaysia. ya, kita bangsa malaysia. bangsa yang sangat unik di dunia. jadi, marilah bersama kita kukuhkan jatidiri bangsa malaysia biarpun kita berbeza agama dan warna kulit kerana malaysia ini tanah air kita.

merdeka! merdeka! merdeka!

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds